Yayasan Pelajaran Johor

Posted on May 3 2007 by admin

Kemudahan ini adalah ditawarkan bagi mengikuti kursus peringkat Persijilan, Diploma dan integrasi di: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (bagi kursus kembaran dengan IPTA dan yang diiktiraf oleh LAN sahaja) dan Universiti Swasta.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Lahir di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap lebih lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
  • Sudah mendapat tempat pengajian / sedang menuntut di IPT;
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
  • Belum mendapat sebarang tajaan / pinjaman pelajaran;
  • Keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan;

CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Institusi pengajian masing-masing dengan bayaran RM1/=mengunakan Wang Pos atas nama Yayasan Pelajaran Johor (borang adalah terhad).

ATAU

Hadir sendiri ke Pejabat YPJ untuk membeli borang dengan bayaran RM1/=senaskah atau kirimkan wang pos bernilai RM1/= atas nama “YAYASAN PELAJARAN JOHOR” berserta sampul surat beralamat sendiri berukuran 23 cm x 16 cm dengan bersetem RM1/= kepada :-
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
NO 12 BANGUNAN YPJ
JLN NURI, LARKIN JAYA
KARUNG BERKUNCI NO. 711
80990 JOHOR BAHRU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang lengkap (berserta kad akuan terimaan bersetem 50 sen) harus dikembalikan terus ke alamat di atas sebelum 30 Julai 2007 dan dituliskan dengan “Pinjaman YPJ” di sudut atas kiri sampul surat.
* Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Bookmark this!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netscape
  • Slashdot
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • DZone
  • Netvouz
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • blogmarks
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • Fleck

361 Responses to “Yayasan Pelajaran Johor”

  1. alyaa says:

    saya lahir di johor dan kini menetap di puncak alam, selangor. bagaimanakah saya boleh apply kerana saya sedang menunggu keputusan spm 2009 saya? apakah keutamaan yang dipilih oleh jpj?

  2. hafiz says:

    saya ingin memohon biasiswa untuk meneruskan study saya,bagaimana boleh dapatkan ny..sebelum ini saya maendapat bantuan dari pihak tajaan yang menaja saya,di sebabkan cgpa saya kurang baik..bagaimana cara ny dan layak kah saya mendapatkan ny

  3. hafiz says:

    salam..saya ingin memohon biasiswa untuk meneruskan study saya,bagaimana boleh dapatkan ny..sebelum ini saya maendapat bantuan dari pihak tajaan yang menaja saya,di sebabkan cgpa saya kurang baik,pinjamam saya kne block..bagaimana cara ny dan layak kah saya mendapatkan ny?

  4. juzaime says:

    sye x mahu sebenarnye ptptn.jd sye mahu mohon pinjaman dr yayasan pelajaran Johor…bagaimanakah caranya…boleh anda bg tahu saya caranya

  5. nurul nabilla^batu pahat says:

    saya berumur 23thn.sya sdg menuntut di kolej swasta di cheras dalam bidang jururawat di semester2.sya juga sudah dapat pjm PTPTn walaupn lewat 1semester.saya cuma dapat rm1050 shaja pd awal ptptn sya keluar.sya ingin mohon biasiswa dari pihak tuan untuk menambah wang saku untuk beli buku2 dan nota tambahan kerana ibu saya sedang menaggung adik saya yang bersekolah terlalu seramai 3 orang.diharapkn pihak tuan dapat membalas comment saya ini.

  6. anonymous says:

    aslmualykm..wbt.
    bgymn jika kerajaan negeri johor memberikn pinjaman kpd sy mlanjutkn pljrn hya untuk 2thun stgh di univ.yarmouk jodan.kmudian,sy akn mbuat pmbyrn sgra slps tamat pgajian.

  7. anonymous says:

    basically,student ipta lepasan diploma islamic studies-lughah nak smbung study k jordan xada continue..tajaan k.kerajaan negeri xbminat beri tajaan?even coarse2 potential skg.islamic studies da ramai.but,lecturer kata lughah lbih diperlukan skrgni.xramai anak2 muda malaysia yang bkemampuan mguasai bahasa arab hya dgn mpelajari dalam negeri sahaja.hrp dipertimbangkan oleh kerajaan negeri johor.

  8. hilmi says:

    asslamualaikum
    saya ank jati johor.pelajar tahun akhir di UiTM dalam bidang Sarjana Muda Sains Senibina.Seperti yg sedia maklum,kursus dlm bidang senibina ini amat banyak menggunakan wang untuk kegunaan kerja2 kursus dan projek setiap semester.Jadi, adakah saye berkelayakan untuk biasiswa ini dan adakah YPJ ini adakah biasiswa ataupun pinjaman?

  9. seha says:

    bolay tak kalo yayasan pelajaran johor membuat permohonan untuk pinjaman di bawah yayasan pljaran johor dengan mengemukakan borang secara online.ia bagi memudahkan semua anak johor yang berada jauh dari kawasan bandar johor boleh membuat permohonan tersebut.harap dapat dilaksanakan

  10. napie says:

    salam…saya cuma nak tanya…knp tak ada borang online???
    terima kasih..

  11. najwa says:

    assalamualaikum..
    sy pelajar thun stu di universiti malaya dalam jurusan kejuruteraan telekomunikasi..sy tidak mengmbil PTPTN dan juga JPA krana msalah teknikal..sy lmbat untuk mohon..jd sy menggunakn duit sendri untuk pengajian sy..sy ank jati johor..
    bgaimanakah cra untuk sy dapatkn biasiswa dr pihak tuan..jsa baik tuan amat la sy hargai..trima ksih..
    waslm..

Leave a Reply