Yayasan Pelajaran Johor

Posted on May 3 2007 by admin

Kemudahan ini adalah ditawarkan bagi mengikuti kursus peringkat Persijilan, Diploma dan integrasi di: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (bagi kursus kembaran dengan IPTA dan yang diiktiraf oleh LAN sahaja) dan Universiti Swasta.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Lahir di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap lebih lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
  • Sudah mendapat tempat pengajian / sedang menuntut di IPT;
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
  • Belum mendapat sebarang tajaan / pinjaman pelajaran;
  • Keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan;

CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Institusi pengajian masing-masing dengan bayaran RM1/=mengunakan Wang Pos atas nama Yayasan Pelajaran Johor (borang adalah terhad).

ATAU

Hadir sendiri ke Pejabat YPJ untuk membeli borang dengan bayaran RM1/=senaskah atau kirimkan wang pos bernilai RM1/= atas nama “YAYASAN PELAJARAN JOHOR” berserta sampul surat beralamat sendiri berukuran 23 cm x 16 cm dengan bersetem RM1/= kepada :-
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
NO 12 BANGUNAN YPJ
JLN NURI, LARKIN JAYA
KARUNG BERKUNCI NO. 711
80990 JOHOR BAHRU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang lengkap (berserta kad akuan terimaan bersetem 50 sen) harus dikembalikan terus ke alamat di atas sebelum 30 Julai 2007 dan dituliskan dengan “Pinjaman YPJ” di sudut atas kiri sampul surat.
* Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Bookmark this!: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netscape
  • Slashdot
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • DZone
  • Netvouz
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • blogmarks
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • Fleck

379 Responses to “Yayasan Pelajaran Johor”

  1. arep says:

    salam..sy bru nk msok u..& bole x xy nk isi borng online??

  2. anas says:

    Assalamualaikum.. adik sy lpsn matrikuladsi dan dah dpt twran msk u…mcm mane nak mohon biasiswa yayasan pelajaran johor…bile tarikh tutup permohonan?

  3. anas says:

    Assalamualaikum… adik sye lpsn matrikuladsi dan dah dpt twran msk u…mcm mane nak mohon biasiswa yayasan pelajaran johor…bile tarikh tutup permohonan?

  4. hazwan says:

    salam…saya bakal melanjutkan pelajaran peringkat sarjana,so bolehkah saya dapatkan biasiswa ini dan bagaimanakah prosedur untuk memohon????

  5. wawan says:

    salam…saya bakal melanjutkan pelajaran peringkat sarjana syariah,so bolehkah saya dapatkan biasiswa ini dan bagaimanakah prosedur untuk memohon????

  6. wawan says:

    salam…saya bakal melanjutkan pelajaran peringkat sarjana syariah di universiti malaya,so bolehkah saya dapatkan biasiswa ini dan bagaimanakah prosedur untuk memohon????

  7. dayah_dm3 says:

    saya dilahirkan di kuala lumpur, tetapi saya sudah menetap di johor sejak berusia 5 tahun dan sedang menuntut di UTM Skudai. Saya belum mendapat sebarang pinjaman atau biasiswa. Bolehkah saya memohon biasiswa ypj?

  8. fadlullah says:

    salam..
    adakah tawaran biasiswa@pinjaman untuk peringkat IPTA disediakan?

  9. fadlullah says:

    salam.
    adakah tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA disediakan?

  10. rusmaize bin mahmood says:

    salam…..saya nak tahu keputusan permohonan saya?segera…!!!

  11. nurhafizah says:

    salam.. saya merupakan pelajar semester satu di upsi.. saya telah dilahirkan di johor.. adakah saya layak mendapat biasiswa @ pinjaman dr yayasan johor… lg satu macam mane nak mohon dan bile nak mohon serta tarikh tutp permohonan tersebut…

  12. farahin says:

    bila bisiswa YPJ 2009 keluar???

  13. yan says:

    boleh ka saya memohon biasiswa ni walaupun saya pelajar sabah yang mendapat tawaran politeknik sesi januari 2010.

  14. Yie says:

    I was born and stay in johore.But recently i was sent to UMS to further my studies.Could i apply for this scholarship?? If i get this scholarship,is it i have to attend an interview in johore?? Thanks.

  15. sakinah says:

    salam..bila ye tarikh tutup untuk permohonan biasiswa yayasan negeri sembilan 2009?

  16. AMIN says:

    s’kum…..
    saya dapat melanjutkan prljarn di uitm shah alam, n sy memg anak jati hohor, boleh tak saya ingn memohon biasiswa ini dan dlm masa y sme sy memohon jg ptptn…
    sy pun tdk berapa th pasl biasiswa ini, jd boleh tak sy menerima?
    adakah biasiswa ini kami kne byr balik?

  17. sha says:

    Assalamualaikum.saya pelajar dr diploma dan telah meminjam dr ptptn sebelum ini.tahun lepas sy melanjutkan pelajaran di ipta dan masih meminjam dengan ptptn.memandangkan sy dr golongn tidak berada saya rasa saya layak mendapatkan biasiswa.bolehkan sy aply yayasan johor sedangkn sy ank jati N.9?jikalau x boleh biasiswa apa yg boleh sy pohon kerana hutang dgn ptptn sudah banyak.t.kasih.

  18. syafiq says:

    tiada ke buka tarikh pinjaman untuk sesi julai – oktober 2009

  19. didie says:

    sy bru smbung study d politeknik d sabak bernam selangor..adakah sy boleh memohon biasiswa ini? x adakah permohonan scara online? sy sgt memerlukan biasiswa..tp tempoh permohonan hampir tamat..tolong bagitau sy skiranya permohonan d buka lagi…

  20. farahin says:

    saya pelajar sarjana muda undg2 di uia.macam mana saya nk dapat borang biasiswa??knape trikh tutup dia 2007.thun 2009 x bkak ker???saya anak jati johor.mane hak kami??

  21. idham says:

    sy idham,pendduk tetap johor
    sy nk tye…

    -ble tarikh tutup permohonan?
    -ade borg on9 x?
    -ape syarat2 yg diperlukan?

    tq.

  22. Muhammad Nuaim bin Sami'an says:

    bila tarikh tutup bagi permohonan biasiswa ypj tahun 2009

  23. ani says:

    bagaimana jika berlahir di pinanag…..adakah ape ape tawaran biasiswa untuk anak pinanag yang berjaya masuk ke ipta???sama macam anak perak????

  24. ani says:

    i ni tak faham kenapa tidak ada sebarang tawaran biasiswa yang diberikan kepada pelajar berjaya masuk ke ipta untuk anak pinang???can u reply me if got any website tat cn help me???thank u…….

  25. ani says:

    macam mana nak apply untuk mendapatkan yayasan anak pinang????

  26. ani says:

    pls reply me soon…………

  27. assalamualikum…saya penuntut um…kos bisness admin..saya nak tahu bila tarikh tutup permohonan biasiswa baru ypj
    ???

  28. zulfadhlee bin kasim says:

    saya pelajar universiti pendidikan sultan idris semester 1 09/10

    saya adalah anak jati johor, saya telah mendapat pinjaman ptptn, adakah saya masih layak untuk mendapatkan biasiswa ini?
    bila tarikh tutup permohonan biasiswa ini?

  29. Samuel a/l Das says:

    Bilakah saya boleh tahu permohonan biasiswa saya sudah diluluskan?

  30. seyhaa says:

    askm..sy nk tnye..bile twrn biasiswa buka dan tarikh ttup biasiswa ypj?????

  31. athera says:

    saya pelajar dari ihypj dan bru lepas graduate bulan 8 yang lepas..saya ingin melanjutkan pelajaran ke stamford college untuk course north american degree program..boleh ker saya memohon pinjaman dari ypj?

  32. lily says:

    salam, nak tnya saya student UTHM intake 09/10, boleh ke nak apply kalau saya bukan anak jati Johor dan bukan penduduk tetap Johor.. tq

  33. kogila says:

    sy pelajar uum thn2,semester 3..jurusan pendidikan .bilakah tarikh permohonan biasiswa anak johor…saya merupakan anak jati johor.adakh ini merupakan biasiswa atau pinjaman?

  34. Khairulanwar says:

    Wahai anak-anak jati johor Plez click to this url http://www.johordt.gov.my/ypj/

  35. nurul ain says:

    salam. sy telah memohon pinjaman dari yayasan pelajaran sebelum tarikh tutup 30 julai 2009 yang lalu bagi kursus sarjana muda.
    Bila sy boleh dapat tahu tarikh temuduga dan sama ada permohonan sy di luluskan atau tidak? terima kasih.

  36. sheila says:

    sy student poly sem 1. ada x tawaran biasiswa yg tkini yang bole sy apply??

  37. che chee perng says:

    Selamat Pagi kepada orang yang membaca informasi ini..
    Saya ialah anak jati johor.
    Saya baru habis pelajaran Sarjana Muda saya dalam tahun ini.
    Dan saya akan melanjutkan pelajaran saya pada awal tahun depan (2010).
    Saya ingin minta tahu,
    1) Adakah Yayasan Pelajaran Johor masih ada lagi?
    2) Kalau ada, Bila saya boleh mula memohon? dan saya macam mana tahu sama ada saya sudah dapat ataupun tidak?
    3) Tahun depan, saya akan mulakan kajian ekonomi untuk Sarjana saya. Perlukah saya diminta hantar proposal saya sekaligus bersama borang permohonan?

    Terima Kasih banyak banyak atas bantuan anda…
    Saya harap akan dapat maklumat anda secepat mungkin.
    Ribuan terima kasih.. ^_^

  38. saya nk tanya…bila tarikh tutup pinjaman y terbaru??

  39. Azizul Pungot says:

    assalamualaikum…
    sy studnt baru msuk diUTHM..Sy nak tanya
    1.ade tak dana bagi anak jati johor yang dapat sambung belajar?
    2. macam mane nak mohon biasiswa?

  40. nurul aini says:

    assalamualaikum…..
    saya nak tanya bila agaknya saya akan dapat jawapan untuk pinjaman yayasan pelajaran johor ?saya apply untuk bulan julai 09.saya cuma dapat postkad permohonan dalam proses.tp da 2bulan tiada jawapan.

  41. arif says:

    salam 1 malaysia….
    saya nk tanya….`
    1)boleh x mohon secara online…?
    2)saya dah dapat ptptn, boleh x mohon biasiswa ypj ini..

  42. ariffudin says:

    berapa peruntukan biasiswa ini untuk pelajar diploma?

  43. anak johor says:

    salam..YPJ nk bg pinjaman atau tidak??saya da mohon dari semester 2,smpi sekarang semester 4 pon tak dapat-dapat..biasiswa JPA yang saya mohon lmbt da keluar keputusan..tapi pinjaman YPJ yang saya mohon awal tak keluar lagi..saya memang memerlukan wang secepat mungkin..

  44. siti says:

    salam cik..
    saya anak jati johor yg dah 19tahun menetap di johor..br2 ini sy telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU dalam bidang SMS kimia analisis dan persekitaran.sy pernah menghantar surat permohonan untuk biasiswa yayasan tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan..

    soalan sy:
    1.adakah jika kita tidak mendapat sebarang perkhabaran dr pihk yayasan,bermakna permohonan kita tidak diluluskan???
    2.adakah permohonan terdapat dalam talian online??
    3.bilakah tarikh untuk permohonan br dibuka??
    4.adakah ia mengambil kira keputusan peperiksaan???

    segala kerjasama dr pihak tuan amat sy hargai..dan terima kasih..

  45. syida says:

    salam .. saya palajar tahun 1 di UIA .. sekiranya saya mahu memohon tajaan ypj ini bagaimana? sedangkan tertera di atas menyatakan tarikh tutup pada tahun 2007.. masih wujudkan tajaan ini..?

  46. awien says:

    salam…sy pljr IPTA thn 1 sem 2…bile kah permohonan ini akn di buke semula? mcm sy dh dpt pinjmn ptptn…tp sy de sbb len tok bt permohonan ini…

  47. faizol says:

    bilakah tarikh tutup permohonan yang terbaru?

  48. shahida says:

    -anak jati johor
    -menetap di johor selama 18 tahun
    warganegara malaysia

    saya pernah mendapat tajaan pinjaman PTPTN.tetapi saya telah berhenti daripada membuat pinjaman tersebut.saya telah gunakan pinjaman tersebut sebanyak RM4,000 selama 1 semester.Saya ingin menyambung pengajian saya di institut sama dan saya ingin mendapatkan pembiayaan daripada yayasan pinjaman johor.Sila beri pendapat atas kesulitan saya ini dengan segera.Saya benar-benar memerlukan peruntukan tersebut

  49. iza says:

    salam…
    saya pelajar uitm puncak alam,ambil ijazah sarjana muda pengurusan majlis…bole lg ke sy memohon biasiswa nie???n bile bole mule memohon??

Leave a Reply