Biasiswa: Biasiswa Sukan.
Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.
Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.
Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun. Hebahan tawaran akan diumumkan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ( www.mohe.gov.my ). Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan. Pemohon boleh membuat kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan. SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA boleh dibuat mulai 21 JULAI 2009 (tertakluk kepada pindaan). Pemohon yang layak ke panggilan temuduga sahaja perlu membawa bersama DUA (2) salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
TINGKAT 13, HERITAGE OFFICE TOWER JALAN SB DAGANG
SERI KEMBANGAN SELANGOR DARUL EHSAN
43300 SELANGOR
(u.p. : Encik Azwan / Encik Tony / Encik Khuzaimi)
TEL : 03-8939 4300 / 4309 / 4310 / 4313
FAKS : 03-89394303
Emel : azwan.a@mohe.gov.my / khuzaimi@mohe.gov.my / tony@mohe.gov.my
Keterangan lanjut di https://www.mohe.gov.my/sukan/

















sy pelajar asasi uia pj…sy pernah mewakili selangor dalam acara silat sebanyak 2 kali…bagaimana sy boleh memohon?
sya pljar politeknik kk, skola rendah skola menengah dan kini politeknik sya sering mewakili skola untuk sukan badminton, bagaimana untuk sya memohon biasiswa sukan ini?
sy atlit bola sepak n futsal UDM…
pernah wakili UDM semasa diploma selama 3thun..
MASUM yg lpas sy terpilih untuk pemilihan SIPMA untk bola sepak..
skrg ambik degree kat UDM jgk..
saya adalah bekas pelajar politeknik kota bharu dan kini saya akan menyambung pengajian sy di UTHM pada 27 disember ini…saya pernah menyertai kejohanan sepak takraw (majlis sukan politeknik),(GP kebangsaan),(SUKMA) dan lain-lain..saya juga adalah salah seorang bekas pemain sepaktakraw pelapis kebangsaan pada 2007…jadi,bagaimanakah saya boleh memohon biasiswa ini dan adakah saya layak untuk memohon?
Saya pelajar SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Saya pernah mewakili negeri dalam sukan Olahraga. saya sangat giat dalam bidang sukan contohnya ragbi,bola sepak, dan bola baling. saya pernah mewakili daerah dalam ragbi MSSK Negeri Kedah. Saya merupakan Kapten pasukan ragbi,bola baling, dan olahraga. Layakkah saya memohon biasiswa ini?
Saya wakil ping pong bagi Negeri Sarawak dalam Sukma. Adakah saya berpeluang untuk memohon biasiswa ini kalau saya mengambil diploma course di TARC? Bilakah biasiswa ini dapat dipohon tahun 2010 ini? terima kasih
Saya pelajar MRSM.Di MRSM kejohanan sukan semua MRSM di Malaysia dipanggi SUPER yang diadakan 2 tahun sekali. Saya telah menjadi atlet tetap dalam pasukan maktab untuk acara sebegini.saya juga telahmenjadi johan dalam acara tenis selama 2 siri…selain bola tampar..Boleh tolong saya dan apa saya perlukan untuk mendapatkan biasiswa ini
saya pelajar SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL…tahun ini saya momohon biasiswa sukan,tapi hingga sekarang masih belum pasti lagi dapat ke tidak…bolehkah saya tahu mengapa??reply me faster please… TERIMA KASIH!